Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Bandar Tenggara adalah sebuah petempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor, Malaysia. Bandar Tenggara terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi, dan Bandar Kluang.

Bandar Tenggara mula diwujudkan sekitar tahun 1972 dengan penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah rumah. Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara(KEJORA) Bandar Tenggara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Bengkel Pop Up Art Card 3D(Kreatif)

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Biasanya popup card atau juga disebut dengan kad ucapan pop up ini selalu dijadikan alternatif untuk dijadikan sebagai kad ucapan untuk diberikan terhadap seseorang... baca selanjutnya

Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)- Fasa 1 Dan Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih M@Myagro

Aktiviti Terkini | 5 Februari 2018

Pendedahan tentang applikasi myagromkepada pegawai kerajaan bahagian pertanian serta menerangkan fungsi PI1M sebagai tempat penggunaan internet utk setiap pegawai pertanian mengumpulkan semua usahawan, petani, penternak dan nelayan mengisi data berkaitan dalam applikasi tersebut... baca selanjutnya

Bengkel ICT 3D Kreatif(Quiver)

Aktiviti Terkini | 3 Februari 2018

Bayangkan jika di kelas, selepas pelajar mewarna , watak yang diwarnanya itu hidup. Menarik bukan? Pelajar akan seronok dan menjadi lebih teruja mewarna dan belajar berkaitan topik-topik lain. Tugas guru pi1m menjadi lebih mudah, kerana mereka hanya perlu membimbing sahaja pelajar membuat ekplorasi... baca selanjutnya

Kursus Asas Komputer( Paint & Word )

Aktiviti Terkini | 23 - 24 Januari 2018

Dapat belajar asas menggunakan software paint untuk melukis dan mewarna... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi(Anjuran Bersama CMCF)

Aktiviti Terkini | 4 Januari 2018

Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2018

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Sayong ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Sayong seperti kelas komputer dan sebagainya...

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya